PRN Johor: Akujanji tolak rasuah perkukuh komitmen PN bentuk kerajaan bersih, cekap dan prihatin rakyat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KESEMUA 56 calon Perikatan Nasional (PN) hari ini mengangkat ikrar Aku Janji Anti Rasuah – langkah mengukuhkan lagi tawaran gabungan itu untuk membentuk sebuah kerajaan negeri Johor yang bersih, cekap dan prihatin rakyat.

Majlis yang berlangsung di hadapan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu diketuai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong yang juga bekas Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal. 

Empat intipati penting dalam aku janji tersebut turut merangkumi pematuhan sepenuhnya undang-undang seperti mana diperuntukkan dalam Akta SPRM 2009 dan undang-undang berkaitan semasa menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor. 

“KAMI berikrar akan menolak sebarang bentuk jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” antara kandungan lafaz ikrar tersebut.

Selain itu, kesemua calon PN turut berjanji untuk melaporkan kepada SPRM dengan segera sebarang bentuk jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pengetahuan atau melibatkan kakitangan di bawah seliaannya. 

Kesemua calon kemudiannya menandatangani ikrar tersebut sambil disaksikan sendiri Muhyiddin.

Baca artikel berkaitan: “Bukan saja tak amanah tetapi tak tahu malu” Muhyiddin bidas kenyataan terbaru Najib

Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin menyifatkan PN melakar sejarah sebagai satu-satunya parti yang mewajibkan calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya mengikrarkan Akujanji Anti Rasuah seperti dilakukan sewaktu PRN Melaka. 

Katanya, ia sekali gus membuktikan komitmen tinggi PN dalam perjuangan membanteras rasuah dan mewujudkan sebuah pentadbiran kerajaan yang berintegriti. 

“Melahirkan kepimpinan yang berintegriti bermula daripada kita. 

“Sebagai calon-calon wakil rakyat yang akan dipilih oleh rakyat untuk mentadbir negeri Johor kelak, anda semua memikul satu amanah berat dan tanggungjawab besar untuk memastikan nilai integriti sentiasa dijunjung,” jelas beliau.

Tambah Muhyiddin, apabila pemimpin berintegriti, maka wujudlah masyarakat dan negara yang makmur, sejahtera dan sentosa.

“Saya menyeru kepada pengundi di negeri Johor – seluruh bangsa Johor – supaya menjadikan Pilihanraya Negeri Johor kali ini sebagai permulaan pembentukan sebuah kerajaan yang berasaskan nilai integriti dan prihatin rakyat seperti yang ditawarkan oleh Perikatan Nasional.

“Anda adalah benteng utama untuk menyekat kemaraan semula kumpulan kleptokrat dan politik lama mereka yang berasaskan rasuah dan penyelewengan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This