BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersyukur kerana diberi umur panjang serta berpeluang turun berkempen di Ayer Hitam dan memastikan rakyat, Johor tidak salah memilih kerajaan negeri.
Pengerusi Pejuang itu berkata, ketika sakit baru-baru ini, beliau pada suatu ketika menjangka telah sampai masa untuk meninggal dunia tetapi masih diberi peluang untuk hidup dan mahu berkhidmat untuk negara
“Saya datang sini bersyukur kerana boleh sampai sini. Satu masa saya ingat dah ‘habis’ dan tidak boleh bernyawa lagi tetapi doktor (merawat) saya pandai ‘gali’, masih hidup dan dapat buat lawatan.
“Saya bersyukur dengan kesihatan diri. Bagi saya tidak ada apa nak buat dan nyawa diberi ini khidmat untuk negara,” katanya memetik laporan Free Malaysia Today ketika mengadakan pertemuan dengan 50 orang anggota masyarakat Cina di sebuah restoran di Ayer Hitam.
Kata Dr. Mahathir, rakyat Johor perlu berani memilih partinya yang menjanjikan sebuah kerajaan yang stabil dan tidak memilih kerajaan yang terlibat dengan rasuah.
Turut hadir dalam pertemuan itu adalah kepimpinan dan penyokong Pejuang yang menyambut kehadiran beliau ke Ayer Hitam.
Selain itu, turut hadir adalah taikun hartanah Lee Kim Yew yang turut berucap dalam majlis itu.
Lee berkata, Mahathir banyak menjadi penyelamat untuk negara seperti ketika krisis kewangan pada 1990.
Beliau menyarankan agar pengundi memilih pemimpin yang betul dan tidak memilih pemimpin yang terpalit dengan rasuah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

