PRN Johor: Kemenangan di Sri Gading buat Shahruddin yakin tawan Machap

Dari Penulis

KEMENANGAN di Parlimen Sri Gading pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu menjadi pemangkin semangat kepada calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap. 

Justeru, Shahruddin yang juga Ketua Pejuang Johor meluahkan keyakinan merampas kerusi DUN Machap itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. 

Menurut Shahruddin, kemenangannya dalam PRN kali ini disifatkan tidak mustahil seperti mana ketika beliau berjaya memenangi kerusi Parlimen Sri Gading sewaktu mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum ini. 

““Saya yakin (menang), mengapa tidak? Kalau saya boleh menang di Parlimen Sri Gading dahulu. Walau semua orang tidak yakin saya boleh menang (Parlimen Sri Gading).  

“Tetapi alhamdulilllah, rakyat tahu bahawa kerajaan itu harus ditukar. Rakyat pandai dan bijak. Percayalah kepada rakyat,” ujarnya ketika ditemui dalam program Aspirasi Johor di Felda Ayer Hitam, Machap, semalam.

Turut serta dalam program kempen Pejuang itu adalah Pengerusi Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Baca artikel berkaitan: PRN Johor: Pejuang tak namakan MB, sedia kerjasama parti ‘sebulu’

Dalam pada itu, Shahruddin turut bersikap terbuka dan optimis dengan kepelbagaian parti yang turut bertanding dalam PRN Johor ini.

“Lagi ramai yang nak masuk bertanding, lagi bagus oleh kerana mahu menawarkan perkhidmatan mereka. 

“Terpulang kepada pengundi untuk mengundi siapa. Undi adalah sangat berharga dan jangan bazirkannya. Setiap undian itu penting kerana ia akan memilih kerajaan,” ujarnya.

Katanya lagi, menerusi lawatannya di kawasan Felda, pengundi kini mahukan perubahan dan sudah semakin jelas dengan parti yang mahu dipilih.

Dalam PRN Johor kali ini, DUN Machap memperlihatkan pertembungan empat penjuru antara Shahruddin; Datuk Onn Hafiz Ghazi dari Barisan Nasional (BN); calon Perikatan Nasional (PN), Azlisham Azahar dan R. Sangaran dari parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). 

Semasa PRU-14, calon BN, Abd. Taib Abu Bakar berjaya memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 404 undi. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This