TUN Dr Mahathir Mohamad berkata, jika Pejuang dipilih maka akan berlakulah pertukaran dari yang buruk kepada yang bersih.
“Negara akan bebas dari rasuah, sesuatu yang diperjuang oleh Pejuang,” kata bekas Perdana Menteri dalam surat terbaharunya kepada pengundi Johor menerusi Facebook beliau hari ini.
Menurut Pengerusi Pejuang itu, PRN Johor ini boleh jadi teladan dan contoh kepada seluruh negara.
Kata beliau, jika Johor tolak rasuah dan pilih yang bersih, besar kemungkinan dalam PRU-15 perkara yang sama akan berlaku.
“Dan akan tamatlah kleptokrasi di Malaysia yang tercinta ini. Sebaliknya dunia akan lihat kembalinya Harimau Asia (Asian Tiger).
“Ini bukan angan-angan. Ini mampu dilakukan oleh rakyat Malaysia, bermula dengan rakyat Johor. la akan menepati sejarah perjuangan orang Melayu 60 tahun dahulu yang menghasilkan Malaysia merdeka dan maju.
“Rakyat seluruh negara memerhati PRN Johor. Berilah panduan yang baik kepada mereka. Pejuang Berprinsip,” kata Dr Mahathir.
Pengerusi Pejuang itu sekali lagi menyebut nama Datuk Seri Najib Tun Razak seperti mana kempennya di Ayer Itam semalam.
Baca: “Saya geli dengar Najib bercakap hutang tak dibayar” – Dr. Mahathir
PRN Johor: Saya turun kerana ambil berat, kata Dr. Mahathir
“Okay lah, suka hati dia” Najib balas sindiran Muhyiddin
Menurutnya, terdapat kumpulan lama yang telah ditewas dalam PRU-14 kerana amat korup dan menghilangkan duit rakyat.
“Kumpulan ini dipimpin oleh Najib yang telah dihadap ke mahkamah dan didapati bersalah. Bersamanya ialah Zahid (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi).
“Yang melawan dengan parti pimpinan Najib dan sekutunya ialah parti baru yang tidak ada sejarah curi duit dan salah guna kuasa iaitu parti Pejuang Tanahair. Terdapat juga parti-parti yang kecil.
“Di antara mereka hanya Pejuang yang meletak jumlah calon (42) yang mencukupi untuk diri Kerajaan. Pejuang dipimpin oleh tokoh lama yang tolak rasuah bersama pemimpin baru yang juga bersih dari rasuah,” katanya.

