Mahkamah tolak permohonan injunksi Atomy, Firdaus Wong kata, Atomian, I’m back

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini dilaporkan menolak permohonan injunksi daripada Atomy Malaysia Sdn. Bhd terhadap pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung. 

Permohonan injunksi itu adalah untuk menghalang Firdaus Wong daripada menulis, bercakap, menerbitkan bahan atau menyebarkan tentang gerakan Kristianisasi yang didakwa dilakukan syarikat induk Atomy Malaysia iaitu Atomy Co. Ltd. 

Firdaus Wong turut menyifatkan penolakan daripada mahkamah itu sebagai kemenangan buat unit undang-undang Multiracial Reverted Muslims (MRM). 

Menurut Firdaus Wong, atas dasar menghormati mahkamah, beliau sebelum ini tidak langsung bercakap atau menulis tentang perkara tersebut. 

Pendakwah bebas yang juga Pengasas Multiracial Reverted Muslims (MRM), Firdaus Wong Wai Hung. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Alhamdulillah, permohonan injunksi oleh peguam Atomy untuk menghalang saya daripada menulis, bercakap, menerbitkan apa-apa bahan atau menyebarkan kebenaran tentang gerakan Kristianisasi ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan kos dalam klausa. 

“Sebab itu selama beberapa bulan saya tidak bercakap dan menulis kerana perlu patuh pada permohonan. 

“Permohonan itu ditolak kerana pembelaan kami telah memohon justifikasi dan antaranya adalah fakta jelas menunjukkan Atomy Malaysia dimiliki 100 peratus oleh Atomy Co. Ltd dari Korea Selatan dan memang terlibat dalam Kristianisasi. 

“Hai Atomian, I’m back (Saya kembali),” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Baca artikel berkaitan: Sah! Atomy Co. Ltd. punya agenda gerakan Kristianisasi

Awal tahun lalu, isu tersebut menjadi kontroversi dan perdebatan umum apabila MRM menerusi Firdaus Wong telah mendedahkan bahawa Atomy merupakan sebuah pertubuhan perniagaan yang secara terang-terangan menyokong usaha-usaha Kristianisasi.

Pendedahan itu dibuat melalui bukti yang diperoleh daripada pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta anugerah yang dimenangi oleh syarikat itu. Malah, melalui laman web Atomy Co. Ltd., mereka secara terang-terangan mengakuinya.

Atomy Co. Ltd. adalah syarikat yang diasaskan oleh Han Gill Park dari Korea Selatan pada tahun 2009. Syarikat yang berpangkalan di Gongju Korea Selatan ini telah mengeluarkan lebih 400 produk dalam pelbagai kategori termasuk makanan tambahan nutrisi, kecantikan, fesyen dan hiasan rumah.

Dengan menggunakan sistem Multi Level Marketing (MLM), syarikat ini telah meluaskan pengaruhnya di beberapa buah negara termasuklah Malaysia.

Ramai yang terlibat dengan Atomy Malaysia termasuklah figura-figura dakwah dan pakar motivasi terkenal.

Salah seorang figura terkenal yang menyertai Atomy iaitu Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad yang sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bersama MRM ketika dihubungi UtusanTV pula enggan memberi komen lanjut berhubung perkembangan terbaharu itu. 

Katanya, Atomy Malaysia kini mempunyai Lembaga Penasihat Syariah dan segala kenyataan akan dikeluarkan oleh jawatankuasa itu atau syarikat berkenaan. 

“Maaf, saya tak boleh memberikan apa-apa komen kerana tidak mahu mendahului Lembaga Penasihat Syariah,” katanya. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bangunan haram Rohingya di Sungai Makau bakal dirobohkan

KEDIAMAN bertingkat haram yang pernah didiami etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Mukim Ulu Langat, bakal dirobohkan mengikut...

More Articles Like This