Kuota harian bagi penumpang VTL Darat Malaysia-Singapura ditambah kepada 3,420 orang

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KUOTA harian bagi penumpang di bawah inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL Darat) Malaysia-Singapura akan ditambah kepada 3,420 orang mulai 14 Mac ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, pertambahan itu dilakukan selepas pengumuman terdahulu yang meningkatkan kapasiti penumpang daripada 50 peratus kepada 100 peratus pada 16 Februari 2022.

Menurut beliau, langkah itu membolehkan lebih ramai penumpang dapat merentasi
sempadan Malaysia-Singapura tanpa kuarantin dan lain-lain keperluan yang dikenakan sebelum ini.

“Penjualan tiket bas untuk tambahan kuota harian ini akan bermula pada hari Jumaat, 11 Mac 2022 bagi perjalanan mulai Isnin, 14 Mac 2022 dan seterusnya.

“Pengendali bas yang ditetapkan Malaysia di Terminal Larkin di Johor Bahru akan terus mengendalikan VTL Darat ke Singapura,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Singapura kerjasama dengan Malaysia perluas VTL darat – Laporan

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, semua penumpang masih tertakluk kepada keperluan
perjalanan VTL Darat sedia ada termasuk menjalani ujian pra-berlepas (PDT) dan ujian semasa ketibaan (OAT).

Kata beliau, umum mengetahui mengenai peralihan Malaysia ke fasa endemik akan bermula pada 1 April dengan beberapa kelonggaran protokol perjalanan.

Begitupun, jelasnya, perjanjian VTL Darat dengan Singapura kekal berkuat kuasa sebagai perjanjian dua hala antara kedua-dua kerajaan.

“Ini demi memastikan keselamatan yang lebih baik bagi perjalanan darat ke dan dari Tambak Johor.

“Perjanjian dua hala ini akan diteliti dari semasa ke semasa oleh kedua-dua negara dan sebarang keputusan akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur

SEORANG pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur utama di kediamannya di Jalan Kampung Nangka, Kuching, petang semalam. Ketua...

More Articles Like This