PENGUNDI bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berada di luar negeri itu perlu pulang tunaikan tanggungjawab demi menumbangkan parti yang telah terpalit dengan rasuah dan korupsi.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Perikatan Nasional (PN) telah meletakkan asas kepada rakyat supaya menolak pemimpin yang terlibat dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Tegas beliau, slogan yang sering dibangkitkan PN iaitu ‘Demi Bangsa Johor’ jelas menunjukkan bahawa parti itu menolak golongan rasuah dan memilih pentadbiran yang lebih adil dan saksama.
“Kita seru anak-anak kita yang berada di luar untuk balik dan menumbangkan kerajaan rasuah serta korupsi.
“Balik untuk menangkan PN, anda tidak perlu balik jika mengekalkan pihak yang terlibat dalam penyelewengan dan salah guna kuasa,” katanya.
Baca artikel berkaitan: PRN Johor: Pecutan terakhir PN, Muhyiddin pesan guna hak pilih kerajaan berintegriti
Beliau berkata demikian dalam Ceramah Perdana PN di Bilik gerakan Zon Utara, Pagoh Jaya, hari ini.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim melihat respons rakyat Johor sangat positif kepada PN.
Namun begitu, ibarat bermain bola, beliau berkata, selagi wisel penamat belum ditiupkan, PN masih belum boleh meraikan kemenangan.
“Saya jumpa masyarakat Orang Asli, Cina, India serta Melayu dan mendapati mood rakyat hanya ingin menunggu saat menobatkan kemenangan PN.
“Bagaimanapun, hebat mana pemain sekali pun, tetapi kalau tak jaringkan gol, tiada guna.
“Dalam tempoh perlawanan ini, Alhamdulilah, saya tak dengar banyak masalah dalam kalangan kita,” ujarnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

