CALON Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah, Mohd. Fared Mohd. Khaled dilaporkan sedang mendahului empat lagi calon lain di kawasan berkenaan.
Mohd. Fared berada di hadapan dengan majoriti sebanyak 1,393 undi meninggalkan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Ariss Samsudin dan calon PKR, Mohd. Khuzzan Abu Bakar yang juga penyandang bagi kerusi berkenaan.
Baca artikel berkaitan: PRN Johor: Proses pengundian tamat, kira undi bermula
Kerusi tersebut turut ditandingi calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Mahdzir Ibrahim dan calon Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Kamarolzaman Mohd. Jidi.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Mohd. Khuzzan berjaya memenangi kerusi DUN Semerah dengan hanya majoriti 98 undi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

