CALON Barisan Nasional (BN) Datuk Najib Samuri sedang mendahului pesaingnya dengan kelebihan tipis di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Yaani.
Setakat 10 malam tadi, Najib mendahului dengan majoriti 125 undi mengatasi pesaing terdekat Aminolhuda Hasan dari Pakatan Harapan (PH).
Amninolhuda yang juga Pengerusi Amanah Johor merupakan penyandang di kerusi tersebut selama dua penggal.
Sebelum ini BN meletakkan wakil dari parti MCA sebagai calon di kerusi berkenaan.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, Aminolhuda menewaskan calon BN, Soh Lip Yan dengan majoriti 4,834 undi.

