PRN Johor: Kejayaan ini hadiah kepada rakyat Johor – Zahid

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEJAYAAN Barisan Nasional (BN) memperoleh semula mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan hadiah kepada rakyat negeri itu yang telah memberi semula kepercayaan kepada gabungan tersebut. 

Sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut mengulangi keputusan mengemukakan nama Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad bagi meneruskan tugas selaku Menteri Besar Johor selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. 

Ahmad Zahid juga memberi jaminan bahawa semua lima Ikhtiar BN Johor akan dilaksanakan demi kepentingan rakyat Johor. 

Menurut beliau, kepemimpinan BN juga akan terus membantu Hasni melaksanakan Ikhtiar BN Johor secepat mungkin bermula dengan Belanjawan 2023. 

“Sebagaimana yang telah disebutkan keputusan tak rasmi itu adalah di luar jangkaan kita, syukur kepada Allah. 

“Namun, dengan tiada perasaan sombong, riak atau takbur, jauh sekali ujub, kejayaan ini adalah hadiah kepada rakyat Johor yang telah memberikan kepercayaan semula kepada BN,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat UMNO Johor, hari ini. 

BN diisytiharkan berjaya membentuk kerajaan negeri Johor.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh.

Baca artikel berkaitan: (RASMI) PRN Johor: SPR umum BN sudah lepasi majoriti mudah

Kemenangan BN itu juga memperlihatkan rakyat menerima kepemimpinan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri. 

Ini terbukti dengan kemenangan besar di PRN Melaka, Sarawak dan di Johor, hari ini. 

Sementara itu, Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan khusus kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disifatkan telah bertindak sebagai campaign manager dalam PRN Johor kali ini. 

Menurut Presiden UMNO itu, semangat Najib kekal utuh walaupun difitnah dan dihina di seluruh negara. 

“Secara rasminya Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) adalah Pengarah Pilihan Raya dan Hasni Ketua Penyelaras tetapi di kesempatan ini saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada campaign manager kita iaitu Najib. 

“Walaupun beliau diasak bertubi-tubi, difitnah setinggi gunung, dikata dan dihina seluruh negara tetapi semangat beliau tetap kental serta utuh. 

“Mudah-mudahan kemenangan besar ini adalah hadiah untuk ‘Bossku’,” jelas beliau. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sindiket potong minyak masak peket tumpas, 59 tan dirampas – KPDN

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan satu rangkaian sindiket penyelewengan minyak masak peket bersubsidi yang...

More Articles Like This