Pas tidak akan bubar DUN hingga penggal berakhir – Hadi

Dari Penulis

PARTI Pas memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Terengganu dan Kedah yang dikuasainya hingga tempoh penggal ketiga-tiganya berakhir.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, langkah itu diambil bagi membolehkan tumpuan diberikan kepada kestabilan dan kesejahteraan hidup rakyat.

“Pas mengikut perkembangan semasa politik tanah air, di samping fokus yang perlu diberikan kepada usaha pemulihan kesihatan dan ekonomi negara yang bakal memasuki fasa endemik.

“Justeru, Pas membuat pendirian supaya DUN bagi Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak akan dibubarkan hingga tamat tempohnya, bagi menumpukan kepada kestabilan dan kesejahteraan hidup rakyat,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

BERITA BERKAITAN Pas terima keputusan PRN Johor dengan hati yang lapang – Hadi Awang

Terdahulu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata, enam negeri dijangka tidak akan membubarkan DUN masing-masing sekiranya plihan raya umum (PRU) ke-15 diadakan segera.

Aminuddin berkata, perkara itu ada dibincangkannya bersama lima negeri lain ketika Mesyuarat Majlis Raja-Raja di ibu negara baru-baru ini.

Tanpa menyebutkan lima buah negeri lain itu, dia berkata, kesemua negeri terlibat telah menyatakan hanya akan membubarkan DUN selepas penggal tamat.

Selepas PRU ke 14 pada 2018, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor diperintah oleh kerajaan PH, manakala Pas membentuk kerajaan di Kelantan, Terengganu dan Kedah. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan pastikan sumber air Johor terjamin selaras pertumbuhan pusat data

KERAJAAN mengambil pendekatan jangka panjang bagi memastikan keselamatan sumber air di Johor terus terjamin selaras dengan pertumbuhan pesat sektor...

More Articles Like This