Shuk Sahar tak tahu isteri ke Mahkamah Syariah?

Dari Penulis

ISTERI kepada pelawak sensasi Shuk Sahar iaitu Rossa Sera sekali lagi menarik perhatian ramai apabila memuat naik sebuah hantaran video memaparkan dirinya menuruni anak tangga bangunan dipercayai Mahkamah Syariah.

Menerusi video tersebut, Rossa atau nama sebenar Rossalennah Natassyiah Asshaferah berpakaian jubah serba hitam sambil membawa sebuah fail di tangannya.

“Anda tidak boleh memulakan bab baru dalam kehidupan jika anda terus membaca di bab yang terakhir,” katanya di dalam ruangan kapsyen tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN : Isteri Shuk Sahar ‘mengadu’ di media sosial sudah penat pertahankan rumah tangga , Tak serik-serik! Netizen nampak Shuk Sahar ‘kantoi’ curang, keluar berduaan dengan wanita lain! , Shuk ‘kantoi’ buat hal lagi! Isteri dedah kecurangan suami buat kali kedua

Sementara itu, Shuk Sahar bertindak berdiam diri dan mengunci mulut ketika ditanya untuk mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

“Saya tak tahu,” jawab Shuk ringkas menerusi laporan temubual bersama Gempak.

Dalam hantaran video tersebut, suara latar yang digunakan oleh Rossa menguatkan spekulasi ramai bahawa pasangan tersebut mengalami masalah rumah tangga.

“Aku hanya kehilangan orang yang tidak mencintaiku, tapi dia kehilangan orang yang mencintainya,” kata suara latar tersebut.

Tinjauan URTV di ruangan komen melihat rata-rata pengikut dan rakan selebriti memberikan kata-kata nasihat dan semangat buat Rossa.

“Allah nak beri lebih baik Insya-Allah kak. Serra wanita kuat, cantik dan baik hati. Semoga diberkati dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah,” ujar @teadean.

“Sepatutnya dari dulu tapi kerana masih sayang demi anak-anak. Tapi bila bagi peluang masih tak berubah. Hati wanita sekali terguris dalam lukanya.

“Maaf tiada lagi logo ‘R’ (reverse) dalam hidup. Moga lebih tabah menempuh kehidupan yang lebih bahagia bersama anak-anak dan akan temui cinta yang lebih menghargai, amin,” kata @joanne_johary.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This