SERAMAI tiga individu telah dirakam percakapan membabitkan satu insiden seorang lelaki dikasari di sebuah kedai serbaneka yang tular semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan dua video di aplikasi TikTok yang dimuat naik oleh pemilik akaun “gasman34”, memaparkan kejadian seorang individu telah dikasari oleh dua lelaki warganegara di kedai serbaneka 7-Eleven, Cheras pukul 5.30 petang semalam.
Katanya, satu laporan telah diterima pihaknya berhubung kejadian itu.
“Siasatan awal mendapati lelaki berpakaian seragam polis bantuan yang berada di tempat kejadian tidak melakukan sebarang kekasaran terhadap seorang individu yang tidak membuat bayaran selepas mengambil makanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Ibu bapa bertengkar, anak pula ditetak hingga parah di Jawa Barat
Ujarnya, polis bantuan tersebut turut membuat laporan polis menafikan dakwaan mengasari individu terlibat.
“Siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini,” katanya.
Sehubungan itu, pihaknya memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil bagi membantu siasatan.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

