PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memberi mandat penuh kepada Biro Politik yang dipengerusikan oleh Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membincangkan strategi parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang bersama parti-parti politik lain.
Keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang dipengerusikan Muhyiddin semalam.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, MPT BERSATU antara lain telah membincangkan hal-hal berkenaan pengurusan parti, perkembangan politik tanah air dan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang diadakan pada 12 Mac lalu.
Baca: Muhyiddin dakwa didatangi pemimpin politik, ambil inisiatif rintis kerjasama PRU-15

“Sehubungan itu, MPT BERSATU memutuskan untuk memberikan mandat penuh kepada Biro Politik yang dipengerusikan oleh YB Tan Sri Presiden untuk membincangkan strategi parti bagi menghadapi PRU yang akan datang bersama parti-parti politik lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

