Wujudkan permohonan pembantu rumah PDI dalam talian

Dari Penulis

SATU saluran khas untuk membuat permohonan pembantu rumah Indonesia wajar diwujudkan bagi memastikan kebajikan serta keselamatan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) sentiasa terjamin.

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA), Datuk Megat Fairouz Junaidi Megat Junid menegaskan, sistem yang telus itu boleh memastikan proses merekrut pembantu rumah dapat berlangsung dengan baik tanpa unsur meragukan.

“PAPSMA mengalu-alukan perjanjian persefahaman (MoU) bagi pengambilan dan perlindungan PDI di negara ini, yang ditunggu-tunggu sejak tahun 2016.

Datuk Megat Fairouz Junaidi Megat Junid

“Bagaimanapun, majikan di Malaysia mempunyai hak untuk mengetahui proses, pembayaran, jaminan dan penggantian semula pekerja apabila kos pengambilan pekerja asing sudah semakin tinggi dalam sistem pengambilan pekerja asing yang baharu ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 1 April lalu, Malaysia dan Indonesia memeterai MoU itu yang ditandatangani Menteri Sumber Manusia Malaysia, Datuk Seri M. Saravanan dan Menteri Ketenagakerjaan Indonesia, Ida Fauziyah serta disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Indonesia, Joko Widodo di Istana Merdeka.

MoU ini akan memastikan segala proses pengambilan dan mekanisme perlindungan PDI akan dilaksanakan secara komprehensif oleh pihak-pihak yang berkaitan, mengikut dasar dan perundangan di kedua-dua negara.

Baca artikel berkaitan: Malaysia, Indonesia meterai MoU PDI hari ini

Lima inisiatif turut diumumkan dalam menjaga kebajikan pekerja dari sudut perlindungan sosial iaitu caruman melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan jaminan bayaran gaji melalui eWages iaitu bagi menjamin pembayaran gaji tidak lewat daripada hari ketujuh setiap bulan.

Pekerja juga diberikan cuti rehat satu hari seminggu, memperkenalkan aplikasi e-aduan yang membolehkan pekerja membuat sebarang aduan secara dalam talian dan lain-lain kebajikan yang termaktub dalam kontrak perkhidmatan.

Dalam pada itu, PAPSMA turut menyambut baik inisiatif kerajaan dalam memastikan lesen ejen pengambilan pekerja asing adalah sah dan berdaftar melibatkan kedua-dua buah negara.

Untuk itu, katanya, PAPSMA akan memastikan ejen-ejen pengambilan pekerja asing berdaftar di bawah persatuan akur dengan prosedur yang ditetapkan kerajaan bagi memastikan majikan di Malaysia mendapatkan perkhidmatan baik dalam mendapatkan pembantu rumah Indonesia.

“Kami akan menunggu perbincangan dengan Kementerian Sumber Manusia khususnya Jabatan Tenaga Kerja untuk memulakan proses merekrut pekerja asing sementara kami menyediakan perkhidmatan untuk membantu majikan dengan prosedur yang lengkap.

“Majikan terpaksa menunggu sehingga Jun atau Julai untuk kemasukan pertama pekerja asing Indonesia,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This