Mayat warga emas reput dijumpai di tepi pagar kebun jambu

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEORANG lelaki warga emas berusia 62 tahun ditemui mati dalam keadaan terlentang di tepi pagar kebun jambu di Taman Kaya, Taiping, Jumaat lalu.

Mayat mangsa, Lee Chong Tick yang berasal dari Taman Pengkalan Makmur berada dalam keadaan reput ketika ditemui.

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat, pihaknya telah menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat berkenaan pada jam 6.45 petang di hari kejadian.

“Anggota bertugas mendapati seorang mayat lelaki telah ditemui terlentang di tepi pagar kebun jambu berkenaan dalam keadaan reput.

“Pihak polis telah membuat pemeriksaan ke atas si mati dan mendapati tiada sebarang tanda berunsur jenayah pada tubuh si mati.

“Semasa mengalihkan tubuh si mati, keadaan tulang berselerak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Nyaris! Buruh jumpa bom mortar di Taiping

Mengulas lanjut, Osman berkata, pemilik kebun memaklumkan kemungkinan mangsa memanjat pagar di situ untuk masuk ke dalam kebunnya.

Katanya, pemilik kebun turut memaklumkan yang mangsa mempunyai masalah mental.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This