Kerani wanita dipenjara enam tahun, denda kes kematian remaja basikal lajak

Dari Penulis

PADA 10 Oktober tahun lalu, Mahkamah Majistret mengekalkan keputusan melepas dan membebaskan seorang kerani wanita daripada kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak di Johor Bahru, lima tahun lalu. 

Bagaimanapun, hari ini, Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini mengetepikan keputusan itu dan memerintahkan kerani wanita itu dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000 atas kesalahan tersebut bermula hari ini. 

Memetik laporan BH Online, Sam Ke Ting, 27, turut diperintah menjalani hukuman penjara selama enam bulan lagi sekiranya tidak membayar denda. 

Malah, Ke Ting hilang kelayakan memandu selama tiga tahun yang akan berkuat kuasa selepas selesai hukuman penjara. 

Menurut Hakim Datuk Abu Bakar Katar dalam keputusan terhadap rayuan kes itu, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan. 

Mahkamah Tinggi turut memerintahkan tertuduh untuk membela diri. 

Baca artikel berkaitan: Basikal lajak: Pendakwaan fail rayuan

Abu Bakar berkata, mahkamah bicara didapati terkhilaf dalam menimbangkan semula isu dibangkitkan pada akhir kes pendakwaan berkaitan identiti pemandu kereta, kebolehterimaan eksibit dan tiada pengecaman atas mangsa. 

Menurut laporan Bernama, wanita itu yang diwakili peguam Muhammad Faizal Mokhtar merayu mahkamah menjatuhkan hukuman ringan memandangkan ini adalah kesalahan pertama selain anak guamnya menanggung kedua ibu bapanya.

Muhammad Faizal turut memohon penangguhan pelaksanaan hukuman ke atas responden yang hukumannya bermula hari ini.

Tahun lalu, Mahkamah Majistret memutuskan sekali lagi membebas dan melepaskan seorang jurujual wanita daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak.

Majistret Siti Hajar Ali membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah terhadap Ke Ting. 

Dalam penghakimannya, Siti Hajar berkata mahkamah berpendapat keterangan tertuduh bahawa dia tidak mengetahui terdapat aktiviti basikal lajak di kawasan itu adalah munasabah.

Siti Hajar berkata keterangan Ke Ting bahawa dia berada di lorong paling kiri lokasi kejadian di Jalan Lingkaran Dalam juga bertepatan dengan hasil kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang mendapati kenderaan tertuduh sama ada dipandu pada kelajuan 44.5 kilometer atau 75.8 kilometer sejam.

Mahkamah turut mengarahkan lesen memandu Ke Ting, yang sebelum ini digantung, dikembalikan kepadanya dengan serta-merta.

Ke Ting didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru pada 3.20 pagi 18 Februari 2017.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegra


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Petisyen ‘Remove Rohingya from Malaysia’ raih 319,546 tandatangan

PETISYEN 'Remove Rohingya from Malaysia' yang menggesa penghantaran pulang pelarian etnik Rohingya dari Malaysia atau menempatkan mereka semula di...

More Articles Like This