GARA-GARA seorang peniaga enggan membeli racun tikus yang hendak dijual, seorang remaja berusia 17 tahun mengamuk di sebuah kedai runcit Kampung Lati, Pasir Mas pagi semalam.
Aksi remaja yang naik angin menyepak barang jualan runcit kedai terbabit tular di media sosial selepas dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, dalam kejadian jam 10.30 pagi itu suspek masuk ke dalam kedai berkenaan untuk menjual racun tikus dengan harga RM200.
“Pekerja kedai runcit itu menghubungi majikannya untuk memaklumkan perkara tersebut.
“Namun pemilik kedai runcit itu menolak permintaan untuk membeli ubat racun tikus yang dijual oleh suspek kerana terlalu mahal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, memetik laporan Sinar Harian.

Baca artikel berkaitan: 10 cedera terkena tembakan rambang di Brooklyn
Menurutnya, suspek yang naik angin bertindak menyepak barangan jualan pengadu sehingga berlaku kerosakan.
Mohd Nasaruddin berkata, sebelum ini suspek pernah membuat kacau dan memeras ugut pekerja kedai dengan memaksa untuk membayar racun tikus yang dijual dengan harga tidak masuk akal.
“Suspek yang datang menaiki kereta jenis Proton Satria terus beredar selepas bertindak demikian.
“Susulan kejadian itu suspek ditahan pada pukul 2 petang oleh anggota Balai Polis Bukit Panau, Tanah Merah yang membuat rondaan di kawasan tersebut.
Tambahnya, turut ditahan seorang remaja berusia 15 tahun yang dipercayai rakan suspek. Siasatan lanjut akan diteruskan selepas tempoh reman diperolehi,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

