Gara-gara Kelepok Raya, Aliff Syukri & isteri saling bertelagah! Nafi promosi LGBT

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

USAHAWAN dan penyanyi Kelepok Raya, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui bergaduh dan bermasam muka dengan isterinya gara-gara babak yang dianggap keterlaluan dalam video muzik lagu (MV) terbabit.

Ujar Aliff, dia terpaksa memotong 40 peratus MV lagu terbaharu nyanyiannya itu demi menghormati isteri, Datin Seri Shahida dan ibunya.

“Saya terpaksa memotong 40 peratus MV Kelepok Raya termasuklah babak berbabring kerana ia menjadi punca pergaduhan antara saya dengan isteri selama empat hari.

“Setiap kali kalau nak ‘posting’, saya akan bertanya dan minta kebenaran isteri. Kalau tidak, dia akan membebel sehingga pukul 5 pagi dan akhirnya kami akan bergaduh,” katanya Aliff kepada URTV ketika ditemui pada majlis berbuka puasa, baru-baru ini.

Terdahulu, Aliff dikecam teruk selepas didakwa memaparkan lenggok tarian melampau selain dituduh sengaja menonjolkan unsur LGBT kepada umum.

“Sebenarnya MV ini saya ambil inspirasi daripada penyanyi Britney Spears. Tak timbul isu saya promosikan LGBT.

“Penari-penari yang kami ambil itu adalah dari Istana Budaya. Mereka semuanya profesional dan ada kerjaya tetap.

“Ada di antara mereka yang bekerja sebagai pensyarah dan seorang askar. Ada juga yang dah berkahwin.

“Bila semua menghina sedangkan ramai tak thau mereka ini mempunyai pendidikan yang tinggi. Sebab itulah, kita tak boleh nak menghakimi seseorang melalui luaran sahaja,” ujarnya.

Sejak dimuat naik di Youtube tiga hari lalu, Kelepok Raya sudah meraih hampir 600,000 tontonan


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Anda tak nak duduk semeja dengan DAP, teruskan keangkuhan kamu’ – Loke

DAP menyifatkan keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk tidak bekerjasama dengannya jika diberi mandat semula membentuk kerajaan negeri pada...

More Articles Like This