Jumpa Amanah tindakan Ku Li, bukan keputusan parti – Annuar

Dari Penulis

“ITU tindakan individu, bukan keputusan parti.”

Demikian reaksi Ketua Bahagian UMNO Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkaitan laporan sebuah portal berita mengenai Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, mengadakan satu pertemuan dan perbincangan awal antaranya dengan pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan baru-baru ini.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, prinsip UMNO adalah jelas, setiap keputusan mengenai sebarang hubungan hanya boleh diputuskan oleh parti.

“Kalau sesiapa sahaja bertindak atas sifat individu, maka tindakan itu jadilah kerja individu. Individu tak semestinya serupa dengan kerja parti, jadi setakat yang saya tahu inisiatif yang dikatakan itu hanya inisiatif peribadi.

Baca artikel berkaitan: Teliti tambah baik akta kandungan media sosial – Annuar

“Mudah sahaja, apa-apa perkara yang parti putuskan maka itulah yang kita pegang dan ikut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Zakat Fisabilillah kepada 259 pelajar tingkatan enam Parlimen Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan, hari ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penggunaan elektrik pusat data dijangka melonjak kepada 31 peratus menjelang 2035

PENGGUNAAN elektrik oleh sektor pusat data dijangka melonjak dengan ketara kepada 31 peratus atau bersamaan dengan 73,274 Gigawatt-hour (GWh)...

More Articles Like This