Gambar hiasan. Keadaan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman sesak dibanjiri pengunjung yang mencari keperluan Adilifitri selepas dua tahun ‘berpuasa’ akibat Covid-19 melanda negara.
GAMBAR: Abd Razak Aid
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangansemasadan hiburan.
BIARPUN kurang sehari menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, masih ramai yang berada di ibu kota membeli-belah selepas dua tahun ‘berpuasa’.
Menerusi tinjauan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) hari ini, kawasan sekitar Bazar Jalan TAR dan pusat membeli belah SOGO dibanjiri ribuan pengunjung bermula jam 4 petang tadi.
Kelihatan pengunjung memilih Baju Melayu ketika membeli-belah pada saat akhir sebelum tiba Hari Raya yang bakal menjelma esok di Jalan Tuanku Abdul Rahman, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Trafik di sekitar kawasan tersebut juga sesak teruk dengan pelbagai jenis kenderaan berpusu-pusu masuk membanjiri ibu kota.
Tidak kira tua, muda, bayi yang masih kecil, rata-rata pengujung yang datang benar-benar ‘melepaskan dendam’ untuk membeli-belah di situ.
Bazar Jalan TAR acap kali menjadi tumpuan menjelang sambutan perayaan Aidilfitri setiap tahun.
Orang ramai mengambil peluang hari terakhir ramadan untuk ‘shopping raya’ bagi keperluan Aidilfitri di Kompleks beli-belah Sogo, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Variasi barangan yang dijual di situ sememangnya menjadi faktor utama tarikan pengunjung seperti pelbagai jenis pakaian raya, makanan, minuman dan aneka jenis kuih raya.
Ditambah pula dengan pengumuman Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkenaan fasa peralihan ke endemik yang bermula 1 Mei serta kelonggaran SOP, selain pengeluaran wang KWSP yang juga diumumkan sebelum Aidilfitri, sememangnya suasana membeli belah di Bazar Jalan TAR sangat meriah dan luar biasa.
Para peniaga membuat persiapan untuk jualan harga ‘runtuh’ pada malam raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid
UtusanTV menjangkakan Bazar Jalan TAR akan terus dibanjiri pengunjung sehingga malam raya berpuasa memandangkan masih ramai yang tidak pulang ke kampung.
Semestinya, sambutan Aidilfitri kali ini memberi seribu makna buat semua.
MENANTI ISTERI…. Kelihatan para suami duduk diatas lantai ketika menunggu pasangan masing-masing membeli keperluan Aidilfitri di Kompleks Beli-Belah Sogo, hari ini. GAMBAR: Abd Razak AidOrang ramai seperti ‘membalas dendam’ membeli keperluan Hari Raya selepas dua tahun tidak dapat menyambut dengan sempurna akibat wabak Covid-19 melanda negara.
GAMBAR: Abd Razak AidBiarpun kurang sehari menjelang sambutan Aidilfitri, masih ramai pengunjung membanjiri Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk membeli barangan keperluan Hari Raya yang bakal tiba nanti. GAMBAR: Abd Razak AidOrang ramai seperti ‘membalas dendam’ membeli keperluan Hari Raya selepas dua tahun tidak dapat menyambut dengan sempurna akibat wabak Covid-19 melanda negara.
GAMBAR: Abd Razak AidRAYA SAKAN… Tahun ini sambutan Aidilfitri lebih meriah selepas kerajaan mengumumkan negara memasuki fasa endemik dengan tanpa sekatan dan SOP dilonggarkan.
GAMBAR: Abd Razak AidKelihatan pengunjung memilih Baju Melayu ketika membeli-belah pada saat akhir sebelum tiba Hari Raya yang bakal menjelma di Jalan Tuanku Abdul Rahman, hari ini
GAMBAR: Abd Razak AidSESAK…Orang ramai membeli keperluan Aidilfitrii pada hari terakhir ramadan di Bazar Aidilfitri Jalan Tuanku Abdul Rahman, hari ini. GAMBAR: Abd Razak AidOrang ramai mengambil peluang hari terakhir ramadan untuk ‘shopping raya’ bagi keperluan Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman, hari ini. GAMBAR: Abd Razak AidJalan menuju ke Jalan Tuanku Abdul Rahman sesak berikutan orang ramai keluar untuk membeli-belah pada saat akhir sebelum menyambut Aidilfitri yang bakal tiba esok. GAMBAR: Abd Razak Aid
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangansemasadan hiburan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda! Ikuti langkah ini: Langkah 1: Layari utusantv.com Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’