Lelaki India cedera ketika mandi di Taman Rimba Kanching

Dari Penulis

SEORANG lelaki warga India cedera di kepala sewaktu sedang berseronok mandi-manda dekat air terjun di Taman Rimba Kanching, Rawang, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tersebut daripada orang awam kira-kira pukul 2.31 petang.

Sepasukan enam anggota dari Balai Bomba Penyelamat Rawang dan sebuah jentera telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa.

“Bomba tiba 10 minit kemudian dan mendapati mangsa Gurjeet Singh berusia 29 tahun telah mengalami kecederaan di bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Pemuda tunggang motosikal tanpa nombor casis ditahan polis

Katanya, mangsa telah di bantu oleh orang awam untuk turun ke bawah sebelum anggota bomba tiba.

“Difahamkan, mangsa mungkin telah memanjat di kawasan air terjun sebelum tiba-tiba tergelincir lalu cedera,” ujarnya.

Norazam berkata, operasi tamat pada pukul 3.10 petang dan mangsa telah di serahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Hospital Selayang bagi rawatan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This