Pengarah Urusan ambil pesanan nasi ganja guna helikopter didakwa

Dari Penulis

SEORANG pengarah urusan syarikat bergelar Datuk yang menerbangkan sebuah helikopter untuk mengambil pesanan bungkusan nasi ganja di Padang Ipoh didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan tidak mematuhi pelan penerbangan, tahun lepas.

Tertuduh, Datuk Mohamed Raffe K. Chekku, 53, yang mengaku tidak bersalah didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Padang Ipoh kira-kira pukul 9.50 pagi hingga 10 pagi, 23 Julai 2021.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohamed Raffe didakwa melanggar Kaedah-Kaedah Udara seperti yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam dalam ‘Civil Aviation Directive 2 – Rules of the Air’ di bawah Chapter 3.

Ia tidak mematuhi ‘Flight Plan’ yang dikemukakan apabila telah membuat pendaratan sebuah pesawat jenis Bell 505 nombor pendaftaran 9M-RCI di lokasi selain daripada Aerodrome yang dinyatakan dalam Flight Plan.

Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis dan kesalahan itu dikemukakan mengikut Peraturan 77(2) Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 206 (3)(a) peraturan yang sama.

Baca artikel berkaitan: Kertas siasatan helikopter ambil nasi ganja lengkap – Polis

Ia memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi seorang individu jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jean Sharmila Jesudason manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Dr Baljit Singh Sidhu.

Jesseca membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin ke atas tertuduh dan menetapkan 29 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

23 Julai tahun lalu, heboh dalam media sosial apabila sebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh hanya semata-mata untuk membeli nasi ganja.

Polis Perak kemudiannya dilaporkan telah membuka kertas siasatan mengenai helikopter tersebut yang dikatakan mengambil pesanan 36 bungkus nasi ganja.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This