PENYANYI terkenal Britney Spears telah memuat naik 12 foto bogel di Instagramnya yang mencetuskan rasa bimbang dan tanda tanya dalam kalangan peminat berkaitan kesihatan mentalnya.
Britney yang kini telah berusia 41 tahun itu memuat naik foto bogel pertamanya semasa bercuti di Mexico dan berasa 10 tahun lebih muda.
“Beberapa foto terakhir saya ketika berada di Mexico, sebelum ada bayi dalam perut saya… kenapa saya kelihatan 10 tahun lebih muda?,” tulisnya di kapsyen.
Dalam foto yang seterusnya di muat naik, dia menyatakan rasa sayangnya terhadap semua pengikut di laman sosial Instagramnya itu.
Akibat daripada tingkah yang dilakukan penyanyi terkenal Amerika itu, peminat dan pengikutya di Instagram sudah mula bimbang dengan tindakan Britney yang dikatakan sudah tidak terkawal.
Meninjau ke ruang komen bagi setiap gambar yang di muat naik, banyak komen netizen yang menyatakan rasa bimbang dan ada juga yang menyokong penyanyi lagu Criminal itu.
“Berhenti menyokong kegilaan ini. Jika anda peminat sebenar dia, galakkan dia untuk mendapatkan bantuan,”
“Oh tidak Britney jangan lakukan perkara seperti ini.
“Anda memerlukan beberapa kawan sejati. Rakan tidak membenarkan anda menyiarkan perkara seperti ini. Saya maksudkan itu dengan kasih sayang. Fikirkan tentang bayi anda.
“Dia membuktikan berulang kali mengapa dia perlu dijaga..” tulis para pengikutnya diruang komen.
Untuk rekod, Britney Spears berada di bawah konservator selama 13 tahun dan akhirnya ditamatkan November sekaligus dia kini bebas daripada kongkongan bapanya, Jamie.

