Selepas netizen, MB Perak juga bersuara keadaan Jalan Raya Timur Barat

Dari Penulis

JALAN Raya Timur Barat yang menghubungkan Jeli di Kelantan dan Gerik di Perak banyak mendapat perhatian warga maya kebelakangan ini.

Menurut luahan mereka di Facebook dan kumpulan WhatsApp, keadaan jalan utama yang menghubungkan utara dan pantai timur Semenanjung sangat menyedihkan dan berisiko.

Penyelenggaraan tidak sempurna, berlubang-lubang dan jika ada tampalan pun sekadar melepaskan batuk di tangga – rungut mereka.

Malah, gambar tampalan ala kadar di beberapa lokasi di laluan tersebut antara yang pernah tular ketika musim orang ramai balik kampung baru-baru ini.

Turut diluahkan kemudahan kawasan rawat dan rehat di jalan raya itu yang turut dipanggil sebagai highway timur-barat.

Semua ini menurut mereka memerlukan perhatian segera kerajaan.

Malam tadi, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad turut mengetahkan isu tersebut secara terbuka untuk diambil tindakan segera Kementerian Kerja Raya (KKR).

SAARANI MOHAMAD/Gambar BERNAMA

Menurut beliau, jalan tersebut adalah Jalan Persekutuan dan masalah berkenaan sudah dibangkitkan beliau dalam Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri bersama-sama Perdana Menteri pada Februari lalu.

Katanya, jalan berkenaan sering mendapat rungutan daripada pengguna sebagai teruk dan tidak memuaskan selain sering berlaku kemalangan jalan raya.

Jelas Saarani, kerajaan negeri sedar keadaan jalan berkenaan namun sebarang kerja-kerja penambahbaikan atau penyelenggaraan jalan adalah di bawah bidang kuasa KKR kerana laluan itu merupakan jalan Persekutuan.

“Kalau ikut kepada janji dalam perjumpaan itu, memang sudah diambil kira dan akan ada peruntukan untuk membaiki dan selenggara jalan berkenaan dari Gerik ke Jeli,” katanya seperti dilapor media.

Saarani berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Projek Ipoh Heritage Tourism di Padang Ipoh malam tadi.

Pada sidang media itu, Saarani berkata, status jalan tersebut sebelum ini sering disalah tafsir oleh pengguna jalan raya sebagai jalan negeri sedangkan ia jalan Persekutuan.

Baca: Kerajaan Persekutuan tambah baik pemberian, sokongan kepada kerajaan negeri – Perdana Menteri

“Kita ada dua jenis jalan iaitu jalan Persekutuan dan jalan negeri. Ia melibatkan Perlembagaan, wang untuk negeri…kita akan guna untuk jalan negeri.

“Jadi, peruntukan untuk jalan Persekutuan, kita tidak boleh mencampuri begitu, sama juga wang Persekutuan tidak boleh mencampuri jalan negeri, itu dalam Perlembagaan Negara,” ujarnya.

Bagaimanapun kata Saarini, kerajaan negeri sentiasa melakukan tindakan susulan isu jalan Gerik-Jeli.

Namun, katanya, orang ramai masih tidak tahu mana satu jalan negeri dan jalan Persekutuan.

“Kita sahaja yang tahu,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This