SEORANG lelaki warga Indonesia yang mengamuk dan menetak rakan senegaranya sehingga maut ditahan pihak polis, semalam.
Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Semangat, Pekan, Pahang itu, suspek datang ke rumah mangsa kira-kira pada jam 2.30 pagi.
Menurut Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin, mangsa yang hanya dikenali sebagai Selamet, 45 tahun keluar ke tandas di luar rumah pada waktu kejadian.
“Suspek didakwa muncul secara tiba-tiba dalam keadaan mengamuk dan terus menetak mangsa beberapa kali termasuk di leher, dahi, dagu dan bahu.
“Serangan itu turut menyebabkan telinga kanan mangsa putus sebelum suspek meninggalkan lokasi kejadian,” katanya memetik laporan Bernama.
Baca artikel berkaitan: Anggota polis disaman selepas aksi guna telefon sambil memandu tular
Mengulas lanjut, Mohd Zaidi berkata, hasil siasatan awal mendapati abang kepada mangsa yang turut tinggal di situ telah melihat suspek 30 minit sebelum kejadian di kawasan kejadian.
Jelasnya, abang kepada mangsa memaklumkan yang suspek dilihat mundar-mandir dengan membawa sebilah parang.
“Begitupun, kata abang mangsa, suspek kemudian balik semula ke rumahnya yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah yang didiami mangsa.
“Suspek yang berusia 32 tahun berjaya ditahan semasa berada di tepi Jalan Pekan-Kuantan berhampiran Kampung Ubai, Kuantan pada 7.30 pagi semalam.
“Penahanan itu membawa kepada penemuan parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut,” katanya.
Mohd Zaidi berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat.
Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.Â
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

