LEMBAGA Tabung Haji (TH) menafikan dakwaan terdapat 'kartel' dalam pemilihan syarikat pelancongan untuk menjadi Pengelola Jemaah Haji untuk mengendalikan pakej swasta ibadah haji.

KUMPULAN jemaah haji untuk musim 2022 telah pun menerima surat panggilan kedua pada 10 Mei lalu.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Memetik laporan BH Online, Idris memaklumkan, panggilan itu dibuat sebaik tawaran untuk panggilan pertama telah ditutup sehari sebelumnya.

“Seperti panggilan pertama, pemilihan jemaah untuk panggilan kedua mengikut prinsip yang dahulu, didahulukan.

“Pada 10 Mei lalu, kita telah membuat panggilan kedua, namun ada yang kita panggil itu dari beberapa orang yang ditolak pada panggilan pertama yang ditutup,” katanya.

Mengulas lanjut, Idris berkata, sebanyak 14,306 surat tawaran untuk menunaikan haji telah pun dikeluarkan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) melalui beberapa platform kepada bakal jemaah.

Baca artikel berkaitan: Malaysia mohon tambahan 5,000 kuota haji

Disebabkan kesuntukan masa, Idris menegaskan semua bakal haji diminta menjawab surat tawaran tersebut dengan kadar segera dalam tempoh tujuh hari bekerja daripada tarikh surat tersebut.

Mengulas mengenai penerbangan, beliau berkata jadual sedia ada mungkin berganjak sehingga ke 4 Jun ekoran penurunan kuota haji.

Idris sebelum ini memaklumkan, Malaysia memohon sebanyak 5,000 tambahan kuota jemaah haji daripada Kerajaan Arab Saudi bagi musim haji tahun ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, ia bergantung kepada kemampuan yang boleh diberikan oleh negara itu.

Pada 21 April lepas, Idris mengumumkan kuota haji Malaysia tahun 2022 adalah 14,306 iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa diterima.

Kuota sebanyak 14,306 itu ialah penurunan daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dibenarkan menunaikan Rukun Islam kelima itu, pada 2019.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram