Ismail Sabri dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Perubatan oleh Universiti Nihon, Jepun

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan oleh Universiti Nihon, Jepun.

Penganugerahan itu diberikan kepada Ismail Sabri sebagai pengiktirafan usaha dan sumbangan dalam memerangi pandemik Covid-19.

Anugerah itu disampaikan Presiden Universiti Nihon, Dr. Naoto Kato di universiti tersebut yang terletak di Bandar Itabashi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan oleh Universiti Nihon, Jepun.

“Saya sangat berbesar hati untuk menerima anugerah ini di hadapan tetamu-tetamu kehormat, ahli-ahli fakulti serta kakitangan Universiti Nihon.

“Sejujurnya, anugerah ini bukan untuk saya tetapi untuk seluruh Keluarga Malaysia yang bersatu hati bersama-sama kerajaan untuk menghadapi pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Disiplin, kesantunan rakyat Jepun harus dicontohi – Ismail Sabri

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, Malaysia telah diiktiraf sebagai antara negara terbaik untuk menangani pandemik Covid-19 oleh beberapa agensi seperti Bloomberg dan Nikkei.

Jelas beliau, Malaysia juga telah mencapai 95 peratus populasi dewasa negara
yang telah menerima dua dos lengkap vaksin pada ketika ini.

“Begitupun, kami sedar selagi dunia belum mencapai kadar peratusan vaksinasi sepadan, pandemik Covid-19 akan terus melambatkan usaha pemulihan ekonomi global.

“Kedudukan Malaysia sebagai satu daripada 25 negara perdagangan teratas di peringkat global turut memberi risiko kepada sebarang perkembangan yang menjejaskan pengeluaran dan keupayaan logistik di seluruh dunia,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This