KERAJAAN perlu melihat semula akta-akta kuno dan tidak lagi relevan berkaitan media bagi memastikan institusi kewartawanan kekal utuh dalam era ledakan teknologi tanpa had ketika ini.
Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar berkata, perkara tersebut telah menjadi masalah kepada golongan wartawan kerana mengekang kebebasan media.
Tegas beliau, desakan terhadap kerajaan perlu dilakukan secara kolektif oleh golongan pengamal media bagi mengatasi permasalahan tersebut.

“Saya percaya setiap wartawan dalam negara hari ini sedar dan faham kebebasan yang dituntut bukan bersifat mutlak memandangkan kita mempunyai sensitiviti kaum, agama, kebudayaan dan sebagainya.
“Begitupun, ini tidak bermakna pengamal media tidak boleh membuat teguran kepada dasar dan dihalang untuk memberikan komentar.
“Saya percaya kerajaan perlu membenarkan selain memberi ruang untuk para wartawan yang menjadi check and balance terbaik sekaligus menyuburkan amalan demokrasi dalam negara,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam temu bual bersama media sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022, di kediamannya.
Baca artikel berkaitan: Kerana taksub, kewartawanan Melayu ‘terbunuh’
Mengulas lanjut, Johan berkata, desakan untuk menghapuskan akta-akta kuno itu juga adalah kerana ia gagal mengekang kebebasan luar biasa dan tidak bertanggungjawab yang berlaku dalam media sosial.
Oleh hal yang demikian, Johan berharap agar HAWANA 2022 dapat memastikan kerajaan komited untuk membebaskan media daripada segi kekangan akta yang sebenarnya tidak lagi sesuai diguna pakai pada waktu ini.
Sementara it, Johan berpendapat pemain industri dengan kerjasama kerajaan harus mewujudkan ekosistem baharu untuk memastikan industri kewartawanan tidak mengecil dan mundur ke belakang.
Jelas beliau, kerajaan juga boleh membantu kelangsungan media tradisional dengan mengurangkan kadar cukai yang dikenakan terhadap industri surat khabar.
“Dalam industri surat khabar, kos untuk mengimport kertas sangat tinggi dan sekiranya cukai dikurangkan, kita dapat memastikan tekanan terhadap survival mereka tidak menjadi begitu teruk.
“Saya mengharapkan kita yang berada dalam gelanggang sama terus saling membantu, mempersiapkan diri dan mendapat sokongan pemerintah untuk survival ini,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

