[VIDEO] Anak mengadu kasut hilang balik dari sekolah, Almy Nadia hanya mampu ketawa

Dari Penulis

BANYAK video memaparkan anak-anak selebriti selebriti tanah air yang mencuit hati tular di media sosial lebih-lebih sejak sesi persekolahan kembali bermula.

Baru-baru ini, pelakon Datin Almy Nadia Aminuddin Shah, 36, memuat naik video berkongsi detik anaknya Afrina Arianna menangis apabila pulang dari sekolah kerana kehilangan kasut.

Dalam keadaan menangis teresak-esak, anak sulung kepada Almy dan juga pelakon Datuk Fizz Fairuz Zainal Abidin, 42, mengadu mengenai perkara tersebut kepada ibunya itu.

Walau bagaimanapun, Almy hanya mampu ketawa sambil merakamkan insiden lucu itu kerana ia merupakan kali kedua perkara yang sama terjadi kepada anaknya itu.

“Love @fizzfairuzofficial (Datuk Fizz Fairuz), you tengok anak you ni,” tulis Datin Almy Nadia pada kepsyen video tersebut.

Susulan video itu, ramai netizen dan rakan artis meninggalkan komen mencuit hati dengan telatah anak sulungnya itu.

“Cian (kesian) lah kakak. Sabar ya,” komen Feeya Iskandar berseloroh.

“Alooo. Comel,” tulis Nazia Mustafar pada ruangan komen.

“Mana hilangnya kasut tu kakak,” komen pelakon Isyariana Che Azmi sambil meninggalkan emoji ketawa.

Untuk rekod, Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014.

Pasangan ini turut mempunyai empat orang anak iaitu Nur Afrina Arianna, 7; Nur Afrina Aurora, 6; Nur Afrina Ayra, 4; dan Nur Afrina Aisyah yang berusia lima bulan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This