Saya tidak akan lewatkan PRU-15 walau sesaat pun – Ismail Sabri

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan tidak akan melewatkan walau sesaat pun untuk membubarkan Parlimen sekali gus mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Namun begitu, beliau mahu semua anggota Barisan Nasional (BN) bersiap siaga bagi menghadapi PRU-15.

Jaminan itu disuarakan Perdana Menteri ketika berucap pada Konvensyen BN yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Menurut Ismail Sabri, beliau juga bersetuju untuk mengadadakan perbincangan dengan kepimpinan dalam menentukan tarikh PRU-15.

“Kalau sudah bersiap siaga, saya tidak akan melewatkan walau sesaat pun untuk membubarkan Parlimen.

“Seperti yang telah dipersetujui oleh Perhimpunan Agung UMNO (PAU) bahawa saya akan berbincang dengan pimpinan tertinggi UMNO.

“Saya bersetuju kita juga akan bincang dalam kepemimpinan BN dalam menentukan tarikh,” katanya dalam ucapan itu, hari ini.

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta pemimpin-pemimpin tertinggi Barisan Nasional selepas Konvensyen Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel berkaitan: Sumbangan kewangan terus 1 Julai, tiada lagi subsidi penternak

Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO menegaskan martabat BN sebagai wadah politik yang berupaya mengembalikan kegemilangan negara dan bangsa perlu diangkat semula.

Berdasarkan keputusan beberapa pilihan raya kecil (PRK) dan pilihan raya negeri (PRN), beliau berkata, rakyat telah kembali memberi kepercayaan kepada BN.

Katanya, ini membuktikan BN mampu menawarkan kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan negara.

Beliau berkata, kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah satu detik hitam yang memberi pengajaran paling bernilai kepada gabungan itu.

“Demi memastikan mimpi buruk 22 bulan tidak berulang, kita wajib bekerja keras, bersiap siaga dan bersatu padu dalam menghadapi PRU-15 yang akan tiba bila-bila masa dari sekarang bagi mengekalkan rentak kemenangan yang telah kita capai mutakhir ini,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This