[VIDEO] Kongsi gambar berhijab, netizen puji Almy Nadia cantik & berseri, doa kekal istiqamah

Dari Penulis

PENAMPILAN pelakon, Datin Almy Nadia mencuri perhatian netizen apabila tampil berhijab ketika mereka sekeluarga sedang bercuti di Genting Highland baru-baru ini.

Video itu dikongsikan oleh pemilik akaun Instagram kelab peminat Almy Nadia dan suaminya Datuk Fizz Fairuz.

Dalam video pendek itu, kelihatan mereka sekeluarga sedang menaiki kereta kabel menuju ke puncak Genting sambil anak-anaknya mengucapkan terima kasih kepada Fizz kerana membawa mereka pergi bercuti sempena cuti persekolahan.

“Ini kita nak pergi mana dan tengok apa?,” tanya Fizz.

“Genting highland! Nak tengok Skyworld! Terima Kasih Papa!,” jawab anak-anaknya.

Selain daripada gelagat comel anak-anak pasangan pelakon itu, penampilan berhijab Almy,36, sememangnya menarik perhatian netizen yang membanjiri ruangan komen.

Perkongsian video tersebut mengundang pelbagai reaksi positif daripada netizen yang memuji dan mendoakan agar pelakon itu terus kekal istiqamah berhijab.

“Masya-Allah cantiknya Datin Almy. Jangan risau apa yang orang kata. Besar adalah selalu cantik luar dan dalam (Big is always beautiful inside out).

“Selamat bercuti (Happy Holiday). Cantik berserinya Datin bertudung.

“Cantik bertudung Almy. Alhamdulillah

“Ayu berseri-seri Datin berhijab semoga istiqamah syukur Alhamdulillah aamiin,” tulis peminatnya di ruangan komen kongsian itu.

Untuk rekod, Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata dan seorang anak angkat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This