AHLI Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menggesa kerajaan untuk mengkaji semula indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI).
Menurut Nurul Izzah, hal itu memandangkan indeks MPI Malaysia ketika ini diletakkan terlalu rendah.
Jelas beliau, hal itu dapat dilihat menerusi Laporan Pantauan Ekonomi Malaysia Jun 2022 (MEM) Bank Dunia yang mengesahkan penemuan Laporan Indeks MPI Permatang Pauh.
“Sebagai contoh, menggunakan kiraan sedia ada, hanya 3.7 peratus rakyat Malaysia dianggap miskin pelbagai dimensi pada 2016.
“Penggunaan kiraan MPI yang lebih realistik menghasilkan sebanyak 15.3 peratus daripada rakyat Malaysia yang miskin dari pelbagai dimensi,” katanya menerusi hantaran di Twitter.
Baca artikel berkaitan: Anwar kekal Presiden PKR, Nurul Izzah mahu tumpu kempen anjuran Rafizi
Mengulas lanjut, Nurul Izzah berkata, Malayai perlu menaik taraf kiraan MPI seperti yang dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Beliau berkata, inisiatif itu perlu disusuli langkah konkrit bagi menampung keperluan segmen B40 yang bertambah selepas Covid-19 melanda.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

