Aina Abdul tak hirau komen negatif, gembira hibur peminat di Konsert A Night With Aina Abdul 2.0

Dari Penulis

PENYANYI, Aina Abdul akui lega dan gembira berjaya hiburkan peminat di konsert A Night With Aina Abdul 2.0 dekat Istana Budaya semalam.

Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 28, akui banyak tekanan yang dihadapi sebelum mengadakan konsert ini terutama apabila membaca wujud komentar negatif daripada netizen terhadap dirinya.

“Cabaran itu biasa tapi tekanan menjelang konsert memang ada. Sebab ada orang bercakap tentang itu dan ini, benda-benda yang tak penting namun itu yang menyebabkan saya tertekan.

“Salah saya juga kerana melayan dan membaca komen-komen yang mereka tulis dan perkara itu mempengaruhi saya. Secara tidak langsung saya juga memberi pengaruh itu kepada pasukan saya.

“Berapa kali saya menangis semasa ‘meeting’ di hadapan kru saya, sehinggakan ada satu ketika orang yang mengenali saya mempersoalkan perkara yang membuatkan saya terdiam bisu.

“Tapi minggu ini saya sekat diri saya daripada media sosial supaya lebih fokus dan tidak terganggu. Alhamdulillah saya dapat lalui juga malam ini dengan jayanya,” jelasnya kepada URTV.

Ditemui semasa sesi sidang media sempena malam pertama Konsert A Night With Aina Abdul 2.0 di Istana Budaya, Aina turut berkongsi cabaran melakukan pertukaran salinan dalam masa yang singkat semasa persembahan berlangsung.

“Sebenarnya persembahan ini jadi mencabar terutama bila kita lakukan ‘quick outfit change’ sebab saya wanita berhijab.

“Jadi yang selalunya saya belajar dan tonton di Youtube kebanyakkannya adalah penyanyi antarabangsa. Mereka punya masa itu kadang-kadang hanya 30 saat sahaja, tetapi memandangkan saya wanita berhijab memadai bawah daripada dua minit,” ujarnya lagi.

Pembukaan konsert pada sabtu memperlihatkan penyanyi asal Johor Bahru itu memperagakan rekaan unik oleh Melinda Looi yang dihiasi oleh rambut asli import.

“Bagi pakaian yang pertama ia diberi nama ‘the alter ego of Aina Abdul’ dimana kita menggunakan lebih daripada 150 jenis rambut yang asli yang diimport.

“Aina tak sabar nak lihat reaksi netizen berkenaan pakaian ini,” jelasnya.

Pada malam itu juga, Aina turut mengenakan pakaian daripada pereka fesyen terkenal tanah air antaranya Rizman Ruzaini dan Zaimi Zulkafli.

Terdahulu, ramai yang terkejut dengan harga tiket konsert A Night With Aina Abdul 2.0 kerana dikatakan harganya terlalu tinggi namun menjelang malam persembahan pihak pengurusan penjualan tiket telah menurunkan harga sebanyak 50% dan akhirnya habis terjual bagi malam pertama.

Untuk rekod, A Night With Aina Abdul 2.0 menampilkan 26 buah lagu hasil nyanyian penyanyi muda itu antaranya Sumpah, Sepi, Gemilang, Pangako Sa Yo, Terus hidup, Ini Yang Kau Mahu, Semalam dan Mimpi Kita.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This