Lima beranak maut dalam kemalangan dengan treler

Dari Penulis

LIMA beranak maut selepas kenderaan yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Gambang-Muadzam Shah, dekat Kampung Pulau Manis, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang berkata, mangsa yang maut adalah Muhammad Rosli Ibrahim, 33, Nor Afiqah Abdullah Sani, 35, dan anak-anak mereka Nur Sofea Raida, 5, Nur Safwa Irdina, 4, dan seorang bayi.

Kesemua mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.17 petang dan sepasukan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Chini serta Taman Tas telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta Toyota Corolla yang dinaiki lima mangsa dengan sebuah lori treler,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Tertekan keluarga asyik minta duit, pembantu rumah cuba bunuh diri

Jelasnya lagi, mangsa dipercayai dalam perjalanan ke Segamat dari arah Kuantan sebelum terlibat dalam kemalangan maut itu.

Katanya, pemandu lori berusia 26 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan di dalam keadaan selamat.

“Kesemua mayat mangsa telah dikeluarkan bomba dan diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

@utusantvofficial

Kejadian di Jalan Gambang-Muadzam Shah, dekat Kampung Pulau Manis, pukul 3.17 petang | 28 JUN 2022 | VIDEO BOMBA. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #fyp

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati kereta dinaiki lima sekeluarga berasal dari Perak itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Muadzam Shah menghala ke Kuantan.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kereta terbabit hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan treler yang berada di laluan arah Kuantan-Segamat,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This