JAWI benarkan ibadah korban di masjid, surau

Dari Penulis

SEMUA masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibenarkan untuk melaksanakan ibadah korban.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, kebenaran ini dengan syarat perlu mematuhi ketetapan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Katanya, petugas-petugas ibadah korban juga hendaklah mempunyai tahap kesihatan tubuh badan yang baik; tidak menghidap penyakit kronik; tidak mempunyai gejala COVID-19 seperti batuk, sakit tekak, selesema dan demam.

“Selain itu, para petugas juga tidak mempunyai kontak rapat dengan individu yang disahkan positif COVID-19 dan tidak berada dalam Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah (HSO),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca: Hari Raya Aidiladha disambut Ahad, 10 Julai

Ibadah korban boleh dilaksanakan bermula selepas selesai solat sunat Aidiladha pada 10 Zulhijjah (Ahad) dan hari-hari tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah 1443H sebelum berakhir waktu Asar.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This