KEMENTERIAN Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan segera menjalankan siasatan berhubung kejadian sebuah lori melanggar beberapa buah kenderaan lain di JB – Woodlands pagi tadi.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, siasatan itu akan mengikut Tataamalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi Aktiviti Pengangkutan Jalan 2010 (ICOP).
Jelas beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga akan membuat ujian saringan air kencing terhadap pemandu lori tersebut.
“Tindakan tegas akan dikenakan kepada pemandu lori atau syarikat terbabit jika didapati gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan, setelah JPJ melengkapkan audit ICOP.
“Ini termasuklah seperti menggantung lesen GDL pemandu lori, menggantung permit syarikat atau lain-lain hukuman yang termaktub dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
“Manakala Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) pula akan menyiasat dari aspek teknikal, untuk mencari punca kemalangan tersebut berlaku,” katanya dalam Facebook hari ini.
Baca artikel berkaitan: Seorang maut, empat parah dalam kemalangan dua lori
Mengulas lanjut, Ka Siong turut meminta orang ramai yang berada di tempat kejadian turut diminta untuk menyerahkan bukti-bukti seperti rakaman video bagi membantu siasatan.
Tegas beliau, mana-mana pihak yang didapati bersalah akan dikenakan hukuman tegas kerana membabitkan keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya.
“Saya amat memandang serius kes-kes seperti ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak,” tegasnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

