Tunjuk isyarat lucah, lakukan khianat, dua suspek gaduh di Linkedua diburu

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DUA suspek termasuk seorang wanita yang didakwa terlibat dalam insiden pergaduhan jalan raya di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Linkedua, Gelang Patah menjadi buruan polis.

Ia susulan tular video dua suspek tersebut melakukan kes khianat terhadap seorang pengguna jalan raya lain.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pihaknya masih mengesan kedua-dua suspek bagi kes tersebut.

Semasa kejadian, Rahmat berkata, mangsa yang menaiki sebuah kereta jenis Toyota Alphard telah mengubah laluan ke belah kanan.

Namun begitu, menurutnya, kenderaan mangsa telah bergesel dengan sebuah kenderaan jenis Kia dari arah kanan.

“Suspek kemudiannya telah memberhentikan kenderaan dan turun daripada kenderaannya.

Baca artikel berkaitan: Suspek kes bunuh suami isteri ditahan di Genting Highlands

“Suspek lelaki bertindak menjerit perkataan lucah serta menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa manakala suspek wanita bertindak mencabut nombor pendaftaran kenderaan mangsa.

“Wanita itu mencampakkan nombor kenderaan itu ke arah cermin hadapan kereta mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Rahmat memaklumkan, mangsa yang dalam perjalanan pulang dari Forest City ke Singapura bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan manakala terdapat sedikit kerosakan pada keretanya.

“Terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam kereta mangsa.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana aktiviti khianat.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan memandu secara berhemah dan tidak terburu-buru terutama di laluan CIQ Linkedua,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Farhash terus setia perjuangan reformasi, kekal bersama Anwar

DATUK Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak disifatkan antara pemimpin PKR yang terus setia dengan perjuangan reformasi ditampilkan parti...

More Articles Like This