Sekumpulan PATI yang ditahan polis pada pagi semalam.

SEORANG lelaki warga tempatan dipercayai tekong darat ditahan ketika cuba menyeludup 21 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan Jalan Pinang, Sungai Yu dekat Kuala Selangor pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Ambia Nordin berkata, kesemua PATI terdiri daripada 15 lelaki dan enam wanita merupakan warga Indonesia.

Katanya, tangkapan dilakukan hasil daripada operasi Ops Nyah yang dijalankan sepasukan polis daripada Pasukan Gerakan Am Semenyih yang terserempak dengan sekumpulan orang dalam keadaan mencurigakan.

Jelasnya, pengadu telah memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dengan menunjukkan kad kuasa polis sebelum menjalankan pemeriksaan.

“Polis mendapati seorang lelaki warga tempatan merupakan pemandu arah untuk PATI tersebut masuk ke dalam daerah Kuala Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca artikel berkaitan : Masuk melalui pagar sempadan yang dirosakkan, 47 PATI ditahan ATM

Siasatan mendapati kesemua PATI tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Kesemua suspek mengaku secara lisan telah memasuki Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan”.

Beliau berkata, kesemua tangkapan dibawa ke Pos Bagan Pasir untuk proses dokumentasi serta tindakan selanjutnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 26A Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 / 6(1)(c) Akta Imigresen.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram