Siti Nurhaliza buka sekolah di Gaza, setiap bulan peruntukan RM10,000

Dari Penulis

PENYANYI tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa gembira apabila hasratnya untuk membuka sebuah sekolah untuk anak-anak Palestin di Gaza akhirnya tercapai.

Sekolah yang diberi nama Afwa & Aafiyah yang memfokuskan pendidikan awal kanak-kanak itu ditubuhkan menerusi Yayasan Nurjiwa bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

“Alhamdulillah, saya dan juga suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bersyukur apabila dapat membuka sebuah sekolah untuk anak-anak Gaza yang telah beroperasi sejak setahun lalu di bawah Yayasan Nurjiwa.

“Sekolah tersebut diusahakan atas bangunan sewa yang diuruskan wakil khas di Gaza. Dia akan menguruskan hal sekolah, tenaga pengajar dan murid-murid temasuklah kemudahahan makanan yang diberi sewaktu persekolahan,” katanya.

Sekolah yang ditubuhkan pada 5 Oktober 2021 itu menyediakan pengajaran al-Quran dan akademik termasuklah mengenai adab dan akhlak.

Dalam pada itu, Siti turut membuat sumbangan sebanyak RM10,000 setiap bulan selain sumbangan lain untuk kemudahan 50 pelajar sekolah berkenaan.

“Sejak ditubuhkan sekitar 16 tahun lalu, Yayasan Nurjiwa giat menjalankan kerja-kerja amal seiring dengan objektif penubuhan sebagai sebuah badan kemanusiaan.

“Pihak yayasan telah melaksanakan pelbagai program antaranya dengan mewujudkan Tabung Bantuan Khas Bencana Alam, Palestin dan terbaharu Covid-19 dengan kerjasama Kita Fund.

Siti yang bakal membuat sebuah persembahan amal selama dua hari pada 5 dan 6 November di Dewan Plenary, KLCC berharap agar persembahan tersebut dapat mencapai sasaran supaya lebih banyak misi bantuan dapat dilaksanakan.

Malah, hasil kutipan jualan tiket untuk konsert itu nanti akan disalurkan teruskan ke Yayasan Nurjiwa.

“Sasaran kutipan RM1 juta untuk dua malam itu semua untuk Yayasan Nurjiwa. Tapi kalau orang perseorangan atau syarikat yang nak buat sumbangan pun boleh tak ada masalah, kita terbuka.

“Sebab sekarang pun kita masih kutip dana di bawah Tabung Bantuan Khas Bencana Alam, Palestin dan Covid-19 dengan kerjasama Kita Fund.

“Dana daripada yayasan ini bukan khusus untuk sekolah Afwa & Aafiyah saja, tapi kita bantu juga rakyat Malaysia, mana yang terkesan dengan banjir, Covid-19 dan yang nak membina masjid,” jelasnya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Baby Shima angkat Bahasa Iban dalam Asai Ke Mimpi, tanda penghargaan buat Sarawak

Penyanyi popular, Baby Shima dilihat semakin mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila tampil dengan single berbahasa Iban berjudul Asai...

More Articles Like This