Fauziah Nawi okey saja jika ditawarkan watak utama

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BIARPUN usianya sudah mencecah 69 tahun, namun pelakon senior Fauziah Nawi sehingga kini masih menjadi kegemaran ramai pengarah dan syarikat produksi tempatan.

Lebih mengharukan apabila di emas, Fauziah diberi peluang melakonkan watak utama menerusi drama Nenda yang disiarkan menerusi slot Sakura TV3.

Menurut Fauziah, dia tidak pernah rasa dianaktirikan oleh produksi biarpun pengalamannya dalam dunia seni lebih banyak.

“Saya tak pernah rasa dianaktirikan tetapi pelakon senior seperti saya pada hari ini kurang nak dapat tawaran melakonkan watak utama.

“Ia disebabkan kurangnya permintaan untuk pelakon berusia dalam drama selain penghasilan skrip yang tak sesuai.

“Selagi sihat, boleh berjalan dan otak masih berfungsi dengan baik ketika menghafal skrip, saya dan pelakon senior lain okey saja jika ditawarkan watak utama.

“Kredit dan pujian harus diberikan kepada pihak produksi Nenda dan TV3 kerana berjaya membuat percubaan berani dengan meletakkan pelakon senior seperti saya sebagai watak utama,” katanya kepada URTV.

Fauziah berkata demikian ketika sidang media drama Nenda yang diadakan secara maya, semalam.

Selain Fauziah, drama Nenda turut dibarisi pelakon Didie Alias, Kuna Muzani dan Mandy Chong. Ia ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, pukul 6 petang.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This