Nora Danish makan di restoran Gordon Ramsay, peminat tanya halal ke?

Dari Penulis

PELAKON popular, Nora Danish telah berkongsi pengalamannya menikmati hidangan di restoran mewah milik cef terkenal dunia, Gordon Ramsay Bar & Grill di Sunway Resort, Petaling Jaya, semalam.

Menerusi entri di Instagram, Nora tidak keseorangan apabila dia turut ditemani suaminya, Nedim Nazri Aziz serta dua orang anaknya.

Nora atau Nora Danish Hanif,40, begitu teruja apabila disajikan dengan hidangan terkenal di restoran terbabit antaranya Steak Tartare dan Beef Wellington.

“Pertama kali makan di @gordonramsaybarandgrillkl ? Makanan sangat sedap. Paling kami suka ialah Steak Tartare dan Beef Wellington, yumss!

“Oh ya! Scallop dan tiram pun sedap,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang mula mempersoalkan tentang status halal restoran tersebut sehingga menjadi perdebatan di ruangan komen.

Lebih diragui apabila hidangan Beef Wellington itu juga dihidangkan bersama sos wain merah yang sudah tentu tidak halal dimakan oleh seorang yang beragama Islam.

“Tiada sijil halal bermakna tak halal. Mudah saja.

“SubhanAllah, kan tak halal tu kak, apa kekayaan mengaburi mata ke. Masya-Allah.

“Beef Wellington tu halal ke kak?

“Benda tak halal jangan di makan. Jangan pantang viral, kita semua pakat nak rasa.

“Nak makan dan bagi anak makan sebaiknya carilah yang halal. Banyak restoran halal,” komen netizen.

Difahamkan, restoran terbabit tidak mendapat sijil halal berikutan turut menghidangkan alkohol.

Namun, tiada hidangan berasaskan daging babi selain semua bahan mentah diperoleh daripada pembekal yang berstatus halal.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya memang agak ‘ting-tong’…,” – Selesa jadi ‘Ratu Kacip’ di Threads, Aisha Retno tepis dakwaan platform toksik!

KERAP menjadi bualan hangat netizen gara-gara keaktifannya di aplikasi Threads, penyanyi Aisha Retno mempunyai pendapat peribadi berhubung dakwaan sesetengah...

More Articles Like This