Peranan PPD bukan cari salah sekolah – Radzi Jidin

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PERANAN Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) adalah untuk menjadi pemudah cara antara sekolah dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan pihak kementerian.

Itu penegasan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin yang mahu tanggapan PPD hanya untuk ‘mencari salah’ diubah.

Jelas beliau, kehadiran PPD ke sekolah-sekolah adalah bagi mengenal pasti masalah dan keperluan yang perlu ditambah baik.

“Pegawai PPD perlu sentiasa hadir di sekolah bagi mengenal pasti masalah, keperluan serta mencari penyelesaian segera kepada perkara tersebut.

“PPD perlu menjadi pemudahcara antara pihak sekolah dengan JPN dan juga KPM sekiranya perkara tersebut tidak boleh diselesaikan di peringkat PPD.

“Sebagai institusi yang paling dekat dengan sekolah, PPD perlu menjadi rakan yang sentiasa berusaha membantu,” katanya menerusi Facebook.

Baca artikel berkaitan: MiLL pentas cungkil bakat baru bola sepak – Radzi

Mengulas lanjut, Mohd Radzi berkata, PPD sepatutnya menjad ejen bertanggungjawab menyebarluas dan menjelaskan dasar, perancangan serta hala tuju pendidikan negara yang digariskan kementerian kepada guru, sekolah dan ibu bapa.

Jelas beliau, hubungan baik antara PPD, pentadbir sekolah dan guru akan membantu kelancaran pelaksanaan setiap dasar, perancangan serta transformasi pendidikan yang digariskan kementerian.

Terdahulu, Mohd Radzi berkata, beliau telah bertemu dengan 146 pegawai PPD yang menyertai siri kedua Konvensyen PPD di Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Jelas beliau, kesemua pegawai PPD itu terdiri daripada pegawai PPD dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Kuala Lumpur, Sabah dan Labuan.

Katanya, ia adalah susulan konvensyen pertama minggu lalu yang melibatkan seramai 142 pegawai PPD dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Putrajaya, Pahang dan Sarawak.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This