PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan rasa bangga melihat arus pembangunan dan kemajuan yang telah banyak dikecapi Sarawak.
Sempena Hari Sarawak, hari ini, Perdana Menteri turut mengucapkan Selamat Hari Sarawak kepada seluruh Keluarga Malaysia di negeri tersebut.
Menurut Perdana Menteri, tarikh 22 Julai adalah detik amat istimewa bagi memperingati tarikh penyerahan pentadbiran negeri itu kepada anak watannya.
“Selamat menyambut Hari Sarawak kepada seluruh Keluarga Malaysia Sarawak.
“Saya bangga melihat arus pembangunan dan kemajuan yang sudah banyak dikecapi oleh negeri Sarawak.
“Semoga Sarawak sentiasa makmur dan harmoni selamanya,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Baca artikel berkaitan: PM sampaikan hasrat kerajaan kepada empat duta besar Malaysia
Hari Sarawak diraikan bagi memperingati tarikh penyerahan pentadbiran negeri itu kepada anak watan Sarawak oleh penjajah British pada 22 Julai 1963.
Sebelum itu, Sarawak diberikan kemerdekaan oleh Kesultanan Brunei pada 1841, namun menjadi naungan British sejak 1888.
Selepas Perang Dunia Kedua berakhir, Sarawak ditadbir oleh Tentera British sebelum menjadi tanah jajahan British pada 1946 dan diberikan pemerintahan sendiri pada 22 Julai 1963.
Pada 23 April 2016, cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak diisytiharkan oleh Ketua Menteri ketika itu, Tan Sri Adenan Satem.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

