Wany Hasrita nikah malam ini, pilih Al-Adib Fahmi sebagai teman hidup

Dari Penulis

PENYANYI popular Wany Hasrita bakal melangsungkan pernikahan malam ini.

Berita gembira itu diumumkan oleh Wany, 30, menerusi akaun rasmi Instagram miliknya.

Wany bakal bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Al-Adib Fahmi dan memohon orang ramai mendoakan majlis pernikahan itu berjalan dengan baik.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah, yang Maha Merancang tiap sesuatu di muka bumi ini.

“Wany, dengan rasa rendah hati, ingin memohon doa kalian semua untuk Wany menempuh kehidupan di fasa yang baru.

“Insya-Allah, Wany akan bernikah malam ini. Jadi, dikesempatan ini Wany ingin mohon maaf andai Wany pernah menyakiti hati, terlanjur kata atau pernah mengecilkan hati anda semua,” tulisnya.

Sebelum ini, menerusi laporan media, Wany pernah memberi bayangan bakal mengakhiri zaman bujangnya pada tahun ini.

Malah, Wany tidak pernah mendedahkan siapa lelaki yang berjaya berada di dalam hatinya kerana menghormati kedua-dua belah keluarga.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Baby Shima angkat Bahasa Iban dalam Asai Ke Mimpi, tanda penghargaan buat Sarawak

Penyanyi popular, Baby Shima dilihat semakin mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila tampil dengan single berbahasa Iban berjudul Asai...

More Articles Like This