Kacau periuk nasi nelayan tempatan, 60 PATI ditahan

Dari Penulis

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menahan 60 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan di sebuah kampung nelayan di Kuala Gula, Perak semalam.

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, seramai 48 lelaki dan 11 wanita berusia 25 hingga 50 tahun serta seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditahan dalam serbuan yang dilakukan pada jam 11.30 malam itu.

Jelas beliau, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan kehadiran PATI yang menangkap ikan di kawasan pesisir pantai berkenaan.

“Serbuan ini dilakukan selepas menerima aduan berhubung kehadiran PATI yang menjalankan kegiatan menangkap ikan di kawasan pesisir pantai yang menjejaskan periuk nasi nelayan tempatan.

“Selain itu, mereka juga didapati bekerja di kilang memproses belacan secara haram. Kesemua mereka melakukan kerja tersebut sekitar lima hingga 10 tahun lalu,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Baca artikel berkaitan: Tujuh pegawai ditahan SPRM, Imigresen beri kerjasama penuh

Berdasarkan laporan, kesemua PATI yang ditahan dalam serbuan itu terdiri daripada warganegara Indonesia dan Myanmar.

Walaupun ada PATI yang cuba melarikan diri dengan terjun ke laut dan bersembunyi di celah tiang jeti, langkah itu berjaya dihidu 90 pegawai bertugas yang menggerakkan serbuan tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa bumi Mindanao: Malaysia zahir ucapan takziah, sedia hulur bantuan kepada Filipina

KERAJAAN Malaysia menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada Filipina susulan kejadian gempa bumi yang melanda kawasan luar perairan Sarangani,...

More Articles Like This