TIMBALAN Presiden PKR, Rafizi Ramli memilih untuk membuka akaun TikTok dalam usaha terbaharu memperluas kempen #AyuhMalaysia yang dibawanya.

TIMBALAN Presiden PKR, Rafizi Ramli memilih untuk membuka akaun TikTok dalam usaha terbaharu memperluas kempen #AyuhMalaysia yang dibawanya.

Berdasarkan semakan di akaun tersebut, Rafizi sebelum ini telah memuat naik beberapa video, namun video pertamanya mengulas isu dimuat naik, semalam.

Dalam video tersebut, Rafizi mengulas tentang isu skandal dana Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) yang didakwanya hangus begitu sahaja.

Rafizi mendakwa, dana pinjaman Bank Pembangunan berjumlah RM1.5 bilion itu telah diluluskan sewaktu Datuk Seri Najib Tun Razak menjawat jawatan Menteri Kewangan dan Perdana Menteri.

Beliau mendakwa, dana tersebut telah diberikan kepada beberapa kenalan yang rapat dengan Najib, namun tiada pendakwaan dikenakan sehingga kini.

“Ini cubaan pertama saya untuk buat TikTok. Kita mula hari ini dengan pendedahan, ramai orang dah tahu pun mengenai skandal RM1.5 bilion wang rakyat melalui pinjaman Bank Pembangunan yang hangus dan diselewengkan diluluskan semasa Najib menjadi Menteri Kewangan dan Perdana Menteri dahulu.

“Wang ini diberikan kepada beberapa kenalan yang rapat dengan Najib tetapi tidak ada pendakwaan sehingga sekarang hinggakan Bank Pembangunan terpaksa mengambil tindakan saman sivil untuk bekukan aset dan mengutip kembali dana tersebut.

“Tunggu hari-hari seterusnya,” katanya dalam video tersebut.

Baca artikel berkaitan: Rafizi ketuai ‘pasukan perang’, Nurul Izzah dilantik Naib Presiden PKR

Sejak dimuat naik, video tersebut telah mencecah lebih 200,000 tontonan.

Sehingga artikel ini ditulis, akaun TikTok Rafizi juga telah mencapai hampir 15,000 pengikut.

Sementara itu, dalam hantaran di Facebook, Rafizi berkata tindakannya untuk membuka akaun TikTok adalah usaha meyakinkan anak-anak muda keluar mengundi dan memilih PKR/Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Ha3 video pertama nampak sangat amatur. Macam-macam komen orang bagi termasuk pasal lubang hidung saya.

“Insya-Allah saya akan terus belajar (semua kandungan saya di media sosial saya buat dan sunting sendiri) supaya kandungan TikTok saya lebih baik.

“Saya mohon bantu saya menang pertempuran maklumat di TikTok juga,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram