Kebajikan bekas atlet negara terus dibela – Timbalan Menteri KBS

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan kebajikan setiap bekas atlet yang telah memberi sumbangan kepada negara akan terus dijaga.

Timbalan Menterinya, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, tugas dan tanggungjawab menjaga kebajikan bekas-bekas atlet negara adalah di bawah penyeliaan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).

Jelas beliau, KBS telah memperkenalkan skim perubatan khas atlet dan bekas atlet kebangsaan pada 2019.

Melalui skim ini, katanya bekas atlet yang berdaftar dengan YAKEB layak mendapat pengecualian caj perubatan apabila mendapatkan perkhidmatan di wad kelas dua di hospital kerajaan.

“Bekas atlet yang ingin menggunakan skim perubatan khas ini hanya perlu menunjukkan kad keahlian YAKEB semasa proses pendaftaran di hospital yang terlibat.  

“Bantuan lain juga ditawarkan secara tahunan termasuklah bantuan pembiayaan rawatan perubatan (pesakit luar), bantuan pembiayaan peralatan sokongan kesihatan (contoh kerusi roda, katil hospital), bantuan kewangan bulanan, bantuan bencana alam, bantuan melanjutkan pelajaran, bantuan kerjaya dan pelbagai lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui dan Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad berhubung bentuk bantuan kepada bekas atlet negara selepas mereka bersara.

Baca artikel berkaitan: Sukarelawan KBS, MBM bantu pantau kenaikan harga barang

Mengulas lanjut, Lian Ker berkata, kuota khas YAKEB untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh turut ditawarkan kepada anak bekas atlet negara yang layak.

Katanya, sumbangan khairat kematian juga disediakan khas untuk waris bekas atlet yang tinggal.

Jelas beliau, untuk melayakkan bekas atlet mendapatkan semua bantuan dan kemudahan tersebut, mereka hanya perlu berdaftar secara percuma sebagai ahli YAKEB.

Ujarnya, syarat pendaftaran adalah bekas atlet itu perlulah sekurang-kurangnya pernah mewakili negara ke temasya Sukan Sea, Sukan Komanwel, Sukan Asia atau Sukan Olimpik.

Menurut Lian Ker, mereka yang pernah mewakili negara ke kejohanan dunia yang diiktiraf juga layak untuk memohon menjadi ahli YAKEB.

Sementara itu, Lian Ker berkata, kebajikan atlet-atlet semasa di dalam program pula diserahkan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) di bawah program “Malaysia Athlete Career and Education” (MACE).

“Bagi memastikan masa depan atlet-atlet negara terjamin, MACE turut memberi penekanan kepada aspek pendidikan, kerjaya dan kebajikan.

“Selain itu juga, pihak kementerian menerusi MSN juga turut memberikan insentif Skim Imbuhan Tetap Olimpik (SITO) bagi menghargai pengorbanan atlet-atlet negara yang telah memenangi pingat di temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik.

“Mereka akan menerima elaun bulanan sepanjang hayat di mana pemenang pingat Emas akan menerima elaun RM5,000, pingat Perak RM3,000 dan pingat Gangsa RM2,000,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mayat lelaki ditemukan terapung bawah jambatan di Kemaman

MAYAT seorang lelaki warga tempatan ditemukan terapung di bawah Jambatan Seberang Tayor, Kemaman, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan...

More Articles Like This