RUU Kawalan Merokok mesti disokong, jangan bahayakan anak cucu kita – NGO

Dari Penulis

SEBANYAK 50 pertubuhan bukan kerajaan dan badan profesional menggesa Ahli-ahli Parlimen agar memberi sokongan kepada Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Tembakau dan Merokok yang akan dibentangkan sedikit masa di Parlimen oleh Menteri Kesihatan.

Mereka dalam satu kenyataan berkata RUU itu merupakan nafas baharu kepada Keluarga Malaysia agar masalah merokok dapat dibendung sepenuhnya di negara ini.

“Sungguhpun ramai yang merasa kecewa atas keputusan pihak kerajaan untuk tidak membuat larangan penuh atau total ban kepada penggunaan dan penjualan rokok elektronik atau vape sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh negara-negara jiran seperti Thailand, Brunei dan Singapura, namun apa yang telah dicadangkan oleh Menteri Kesihatan untuk membuat larangan kepada generasi yang lahir pada 1 Januari 2005 mesti DIPERSETUJUI di Parlimen,” kata mereka.

Mereka juga melahirkan rasa kecewa dengan respons beberapa Ahli Parlimen yang tidak menyokong RUU itu sebagaimana yang dilaporkan oleh Code Blue pada siaran media bertarikh 20 Julai 2022.

“Kami ingin menegaskan bahawa RUU ini telah lama ditunggu dan jangan dilengahkan lagi. Nyawa dan masa depan rakyat Malaysia adalah yang paling utama,” kata pertubuhan-pertubuhan selepas mengadakan perjumpaan di pejabat Persatuan Kanser Malaysia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mereka menyatakan isu rokok dan vape kian berleluasa di Malaysia dan perkara ini amat membimbangkan kerana rokok dan vape memberi banyak kesan negatif kepada kesihatan para perokok dan orang di sekeliling.

“Tabiat menghisap rokok dan vape tidak sepatutnya dianggap sebagai satu perkara yang normal dan tidak perlu dijadikan budaya yang patut dicontohi.

“Akibat dari kecuaian kita dan polisi yang telah tertangguh sekian lama, kini kumpulan rentan iaitu wanita, para remaja dan kanak-kanak di luar sana telah menjadikan rokok dan vape sebagai tabiat baru mereka. Negara berdepan dengan beban merokok berganda,” kata mereka dalam kenyataan.

Melalui Tinjauan Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan yang telah dijalankan, peratusan perokok pada tahun 2006 adalah sebanyak 22.8 peratus dan meningkat kepada 23.1 peratus pada tahun 2011. Malahan, tren penurunan yang sangat sedikit dilihat daripada tahun 2015 iaitu sebanyak 22.8 peratus turun kepada 21.3 peratus pada tahun 2019.

Pada masa yang sama, masalah merokok rokok elektronik atau vape dilihat semakin membimbangkan di mana pada tahun 2016, pengguna dewasa produk ini adalah sebanyak 3.2 peratus, meningkat kepada 4.9 peratus pada tahun 2019.

BERITA BERKAITAN Tolong sokong RUU kawalan rokok – Khairy

“Jika dikira berdasarkan jumlah penduduk, pengguna rokok elektronik atau vape telah meningkat daripada 600,000 orang kepada 1.2 juta orang.

“Perkara ini sangat membimbangkan kami kumpulan profesional dan badan-badan bukan kerajaan serta aktivis kesihatan kerana isu merokok bakal memberikan implikasi yang besar dari segi sosial, kesihatan dan juga ekonomi negara,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, sehubungan itu, Rang Undang-Undang Kawalan Tembakau dan Merokok yang akan dibentangkan sedikit masa lagi sebagaimana diumumkan oleh Menteri Kesihatan mesti disokong oleh semua Ahli Parlimen.

“Rang Undang-Undang ini merupakan nafas baharu kepada Keluarga Malaysia agar masalah merokok dapat dibendung sepenuhnya.

“Sungguhpun ramai yang merasa kecewa atas keputusan pihak kerajaan untuk tidak membuat larangan penuh atau total ban kepada penggunaan dan penjualan rokok elektronik atau vape sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh negara-negara jiran seperti Thailand, Brunei dan Singapura, namun apa yang telah dicadangkan oleh Menteri Kesihatan untuk membuat larangan kepada Generasi yang lahir pada 1 Januari 2005 mesti dipersetujui di Parlimen,” kata kenyataan itu.

Mereka menegaskan bahawa pelaksanaan GEG atau Generasi Penamat yang lebih tertumpu kepada larangan khusus kepada golongan remaja agar tidak memulakan tabiat merokok mesti disokong.

“Ia tiada kena mengena dengan Konsep Harm Reduction yang sering diwarwarkan oleh pihak industri. Kita kata “Yang nak merokok, merokok lah.

“Yang nak bercakap tentang kurang mudarat atau Harm Reduction, tolong jangan bahayakan anak cucu kita yang tidak merokok,” kata kenyataan itu.

Kenyataan tersebut dikeluarkan bersama oleh pertubuhan-pertubuhan tersebut:

  • Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM)
  • Pertubuhan Wanita Malaysia untuk Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH)
  • Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM)
  • Malaysia Green Lung Association
  • Consumer Association of Penang (CAP)
  • Malaysian Association of Adolescent Health (MAAH)
  • IKRAM Health Malaysia
  • National Kidney Foundation Malaysia
  • Malaysian Pharmacy Students Association
  • NCD Consultant Chapter
  • Persatuan Farmasi Malaysia
  • Delegation of Nurses
  • Ikatan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik)
  • Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
  • Pertubuhan Pengguna Ekonomi Digital Malaysia
  • Persatuan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan MALAYSI (MSOSH)
  • Persatuan Pendidikan Dan Penyelidikan Untuk Pengguna Pahang (ERA Pengguna Pahang)
  • Persatuan Suara Konsumer Sarawak (COVAS)
  • Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia Sabah
  • Kelab PM PINTAR ( Projek Millenium Pelajar Ini Nekad Tidak Akan meRokok)
  • Persatuan Pelindung pengguna Negeri Sembilan (PPPNS)
  • Persatuan Jururawat Malaysia (MNA)
  • Asthma Malaysia
  • Persatuan Pengguna-Pengguna Perak (PCA)
  • Persatuan Pemulihan Sultan Azlan Shah, Bercham, Ipoh
  • Yayasan Ipoh, Bercham, Ipoh
  • Kelab Asma Kanak-kanak Selangor & Wilayah Persekutuan
  • Persatuan Alam Sekitar Perak
  • Pertubuhan Rangkaian Pembangunan Kesinambungan Malaysia (SUSDEN Malaysia)
  • Malaysian Association of Environmental Health (MAEH)
  • Persatuan Pengguna Pengangkutan Awam Malaysia (4PAM)
  • Pertubuhan Komuniti Bijak Ubat (KOMBAT), Melaka
  • Together Against Cancer
  • Persatuan Siswa Siswi Islam Perubatan Universiti Malaya
  • University Malaya Medical Alumni Association
  • Akademi Farmasi Malaysia (MAP)
  • Persatuan Laryngectomee Malaysia (MLA)
  • Persatuan Kebajikan Kota Iskandar
  • Pertubuhan Kejayaan Wanita India Pahang
  • Malaysian Pediatrics Association (MPA)
  • Malaysian Medical Association Public Health Society
  • NCD Malaysia
  • People’s Health Forum
  • Lung Cancer Network Malaysia (LCNM)
  • Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (Rakan Strategik GEGAR Wanita)
  • Pertubuhan TELANG Malaysia

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Krisis Negeri Sembilan: Semua pihak perlu ikut jalur hukum yang sah – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa semua pihak perlu mengikut jalur hukum yang sah serta menghormati Perlembagaan...

More Articles Like This