Antara besi buruk yang dicuri oleh dua pemandu lori. GAMBAR: Polis.

DUA lelaki ditahan petang kelmarin selepas mencuri besi buruk di sebuah kedai di Jalan 5/20, Pandan Indah, Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, suspek berusia 35 dan 39 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori ditahan pada pukul 6.30 petang.

Mohamad Farouk berkata, pihaknya menerima aduan daripada mangsa yang menyedari pintu belakang kedainya dalam keadaan separuh terbuka pada pagi 18 Julai lalu.

“Hasil pemeriksaan mendapati pintu telah diumpil dan beberapa batang besi buruk bernilai RM3,000 telah hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati suspek pertama mempunyai 10 rekod jenayah lampau manakala suspek kedua mempunyai sembilan rekod jenayah.

“Kedua-dua suspek kini ditahan reman empat hari sehingga Jumaat,” katanya.

Jelasnya, pihak polis juga merampas beberapa jenis besi, lori serta peralatan pecah rumah milik suspek.

Baca artikel berkaitan : [VIDEO] Netizen ketawa lihat gelagat si pencuri gagal curi peti besi

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Mohamad Farouk memberikan amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam perbuatan melakukan pecah rumah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram